Sunday, December 21, 2008

Alpha Lipid Lifeline



Minuman kesihatan untuk seisi keluarga.

Tuesday, December 16, 2008

Salam Perkenalan

Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Saya ingin menjemput sesiapa sahaja yang pernah menggunakan Kolostrum Alpha Lipid atau yang baru nak cuba minum atau ahli keluarga sahaja yang minum untuk berkongsi pengalaman di ruangan yang terhad ini. Kepada yang belum pernah dengar apa itu Alpha Lipid juga dijemput untuk sama-sama memeriahkan blog ini.

Saya juga berharap, melalui blog ini, satu jaringan persahabatan antara pelawat boleh diwujudkan. Kalau boleh perkenalkan diri anda terlebih dahulu, semoga semua yang melawat blog ini boleh mengenali antara satu sama lain.

Izinkan saya perkenalkan diri terlebih dahulu. Nama penuh Wan Saliha, panggilan di kalangan famili & kawan-kawan, Ha. Ada juga yang panggil Wan @ Saliha...Berasal dari Besut, Terengganu & sekarang menetap di Keramat, KL. Sudah berkahwin tetapi masih belum ada cahayamata.

Saya bekerja di bahagian Pentadbiran di salah sebuah syarikat swasta. Menjalankan perniagaan secara sambilan untuk menambah pendapatan keluarga. Berniaga adalah minat saya kerana telah didedahkan dengan dunia perniagaan sejak kecil lagi. Insya-Allah kalau dimurahkan rezeki, saya juga akan menjadikan perniagaan online (e-biz) sebagai pekerjaan tetap saya.

Fokus saya di sini adalah berkenaan kolostrum Alpha Lipid Lifeline. Saya adalah pengedar AL yang sah di Malaysia.

Macamana saya mengenali Alpha Lipid (AL)?

Diperkenalkan oleh kawan baik saya pada hujung bulan Ogos 2008 kerana masalah saya, sukar memperoleh anak yang disebabkan gangguan hormon, kitaran haid yang tidak teratur serta senggugut yang agak teruk. Sebenarnya saya ni jenis sangat berhati-hati dengan produk makanan kesihatan kerana terlalu banyak dalam pasaran. Jadi saya takut untuk mengambil ubat/makanan sebarangan. Saya terpanggil untuk mencuba AL sebab salah seorang testimoni adalah jiran sekampung saya yang menghidap penyakit kronik yang menyebabkan beliau hampir lumpuh & buta. Sila di www.arenabiz.net/?Saliha. Saya mengambil AL pada bulan Sept & berkongsi dengan kakak ipar, ambil 3 tin & terus jadi ahli. Dalam bulan Okt, saya ikut kawan saya pergi ke tempat seminar mingguan AL bertempat di Bangunan Lembaga Getah Asli (dekat KLCC) untuk melihat & mendengar sendiri penjelasan daripada pihak syarikat untuk menambah keyakinan terhadap AL.

Sekarang sudah masuk bulan keempat saya & keluarga menggunakan AL sebagai makanan tambahan. Walaupun saya bukan penghidap penyakit kritikal, saya tetap meminum AL sebagai makanan kesihatan. Alhamdulillah, sekarang kitaran haid saya sudah normal & senggugut tidak ada lagi. Saya yakin, menggunakan sesuatu produk kesihatan, memerlukan komitmen yang tinggi serta berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Setiap orang yang minum AL tidak sama tahap kesembuhan mereka. Ada yang minum 1 tin saja sudah ada perkembangan positif. Ada yang sudah masuk 4 tin, masih belum sembuh sepenuhnya. Tetapi kalau tetapkan pendirian & berdoa pada Allah, insyaAllah tidak ada yang mustahil.

Jumpa lagi...