Petikan dari Kosmo! hari ni (Rabu - 21/1/09):
Harga gula dijangka naik
'BUKT MERTAJAM - Harga gula dijangka naik selepas perayaan Tahun Baru Cina berikutan pembaharuan kontrak pengimportan gula yang menyaksikan negara pembekal menaikkan harga komoditi tersebut. ...'
Awas peniaga naikkan harga
'SEREMBAN - Walaupun perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir, ini tidak bermakna peniaga boleh bermaharajalela menaikkan harga barangan terkawal sesuka hati....'
Dapatkan maklumat lanjut di Kosmo! Online (link sebelah).
Baru semalam kita dipaparkan dengan pemberhentian pekerja asing & tempatan kesan kemelesatan ekonomi. Jika sudah berhenti kerja & susah dapat kerja lain, bermakna pendapatan juga tidak ada. Sekiranya harga barang meningkat, macamana nak 'survive' hidup, terutama di KL ni. Walaupun harga minyak sudah turun, tapi harga makanan yang dijual masih tetap sama seperti masa harga minyak naik dulu. Beli sarapan pun boleh mencecah RM4. Belum lagi makan tengahari.
Peniaga mempunyai alasan sendiri kenapa harga mahal, begitu juga dengan pemborong. Yang penting, kita sendiri yang perlu bijak membuat pilihan.
Wednesday, January 21, 2009
Tuesday, January 20, 2009
Menjelang 2009
Dah lama tak jenguk kt sini. Sedar tak sedar dah masuk tahun 2009. Cepat sungguh masa berlalu...bila tahun baru, macam biasalah mesti ada azam baru & nak teruskan azam lama yg belum selesai.
Pada 17 Jan lepas, saya sudah berjaya melangsaikan azam saya yg tahun lepas. Saya sudah berjaya menghadiri Seminar Perniagaan Internet...ni baru 2 hari lepas seminar & bengkel, semangat berkobar-kobar nak buat website sendiri. Harapnya lepas ni tak ada lagi halangan (halangan dalam diri sendiri)...seronok juga pergi seminar, dapat tambah ilmu & tambah kawan baru.

Subscribe to:
Posts (Atom)