Petikan dari Kosmo! hari ni (Rabu - 21/1/09):
Harga gula dijangka naik
'BUKT MERTAJAM - Harga gula dijangka naik selepas perayaan Tahun Baru Cina berikutan pembaharuan kontrak pengimportan gula yang menyaksikan negara pembekal menaikkan harga komoditi tersebut. ...'
Awas peniaga naikkan harga
'SEREMBAN - Walaupun perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir, ini tidak bermakna peniaga boleh bermaharajalela menaikkan harga barangan terkawal sesuka hati....'
Dapatkan maklumat lanjut di Kosmo! Online (link sebelah).
Baru semalam kita dipaparkan dengan pemberhentian pekerja asing & tempatan kesan kemelesatan ekonomi. Jika sudah berhenti kerja & susah dapat kerja lain, bermakna pendapatan juga tidak ada. Sekiranya harga barang meningkat, macamana nak 'survive' hidup, terutama di KL ni. Walaupun harga minyak sudah turun, tapi harga makanan yang dijual masih tetap sama seperti masa harga minyak naik dulu. Beli sarapan pun boleh mencecah RM4. Belum lagi makan tengahari.
Peniaga mempunyai alasan sendiri kenapa harga mahal, begitu juga dengan pemborong. Yang penting, kita sendiri yang perlu bijak membuat pilihan.
Wednesday, January 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment