Friday, February 20, 2009

Kongsi Pengalaman

Agak lama juga saya menyepi. Sebenarnya masih dalam proses belajar bina blog. Sepanjang bulan ni saya agak sibuk, tapi itu bukan alasan utk tidak berbuat apa-apa.
InsyaAllah lepas kenduri kahwin adik ipar hujung bulan ni, saya akan tumpukan sepenuh perhatian pada e-biz yg banyak tertangguh. Saya juga akan bina sebuah laman web perniagaan sebagaimana yg sudah diajar oleh Sifu saya semasa seminar RBDDI Saifulsham bulan lepas (Sifu dah bagi notis...terima kasih sifu sbb kejutkan saya saya 'tidur').

Berbalik kepada tujuan asal blog ini diwujudkan...

Sebenarnya saya cuba untuk dapatkan testimoni daripada pelanggan Alpha Lipid (AL)saya yg terdiri dari keluarga saya sendiri. Tapi mereka ni agak malu untuk diambil gambar. Jadi saya cuma boleh berkongsi maklumat.

Puan Noraini, KL : Beliau menghidap penyakit buah pinggang & kencing manis. Sebelum minum AL, beliau berulang alik ke hospital 2 bulan sekali untuk dapatkan ubat. Sebelum menggunakan AL, doktor menasihatkan beliau membuat rawatan cuci darah jika tahap kesihatan tidak memuaskan. Selepas jumpa doktor, beliau telah diperkenalkan dgn AL, selepas 2 minggu minum AL, beliau membuat rawatan susulan & doktor memaklumkan yg ada perubahan baik, beliau tak perlu cuci darah. Sejak itu, beliau menjadi pengguna tetap AL di samping rawatan sampingan lain untuk kekal sihat. Sekarang beliau masih menggunakan AL & cuma perlu ke hospital sebanyak 4 bulan sekali untuk dapatkan ubat. Saya kagum dgn kesungguhan Puan Noraini, walaupun dalam keadaan kewangan yg terbatas, beliau tetap berusaha untuk terus maintain guna AL kerana keberkesanan AL dlm merawat penyakit beliau, di samping rawatan lain, doa & tawakal kpd Allah.

Sekian dulu utk kali ni. Jumpa lagi...

No comments: