Tuesday, April 14, 2009

Ubah gaya hidup anda...

Susu Alpha Lipid sudah tidak asing di kalangan masyarakat di seluruh Malaysia masa kini. Keberkesanan Alpha Lipid dalam merawat pelbagai jenis penyakit (dengan izin Allah), maka ia menjadi pilihan semua golongan.

Susu adalah makanan semulajadi untuk manusia. Sejak kita lahir lagi kita sudah kenal susu. Susu jugalah yg menjadi penyambung hayat dan sumber tumbesaran kita. Jadi adalah sesuatu yg tidak munasabah sekiranya ramai yg memberi alasan tidak suka minum susu. Tapi mereka yg suka memberi alasan ini, tidak kisah minum ubat pahit sekiranya sudah ditimpa sakit berbanding minum susu yg manis. Pelik betul ragam manusia...

Marilah kita mengubah gaya hidup dengan mengamalkan makanan kesihatan untuk kekal sihat. Di samping badan sihat, anda juga berpeluang menjana pendapatan yg lumayan hanya bermodalkan RM450.

Monday, April 13, 2009

Tindak balas AL

Hari ni aku baru perasan tentang keberkesanan AL pada diriku. Dua minggu lepas, aku mengalami sakit lutut (bila duduk masa sembahyang, sakit sebelah kaki). Puas aku fikir, kenapa sakit tiba2. Aku tak pergi 'check up' sebab rasa masih boleh bertahan. Hari ni sakitku dah berkurang. Aku sudah dapat jawapannya...

Apabila minum AL, ia bertindak mengesan penyakit dlm badan kita. Kita akan rasa sakit di tempat yg bermasalah. Setelah lebih kurang seminggu / 2 minggu sakit yg dialami akan hilang. Mungkin selama ni kita tidak sedar kemungkinan penyakit yg kita alami sebab tak pernah rasa sakit.

Bila difikir2 lagi, aku baru perasan yg aku sudah tidak mengalami sakit belakang lagi. Sebelum ni aku cepat sakit belakang bila penat @ berdiri lama, tapi seingat aku dah lama aku tak rasa sakit seperti dulu...alhamdulillah.

Setiap orang merasai kesan yg berbeza bila minum AL. Ada yg cepat, ada yg lambat, bergantung pada berapa banyak sukatan yg diambil.

Monday, April 6, 2009

Transformasi...

Transformasi sedang berlaku...

Nampaknya aku masih 'terlena'...
Baru saja berazam nak selalu update blog ni, tp disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan menyebabkan aku terlupa memberi perhatian pada blog ni. Sekarang..walau apa masalah sekalipun aku perlu teruskan usaha ini kerana tak mungkin aku abaikan saja bidang yang diminati ni kerana kesibukan & masalah yang tak seberapa...

Beberapa hari lepas, aku bawa 'downline' AL (kawan) aku yang datang dari Kuching untuk bertemu dengan 'leader' di sini bagi menambah pengetahuan beliau tentang AL & 'bisnes plan'. Aku pun tumpang sekaki...Walaupun menempuh perjalanan yang memenatkan, tapi kami puas hati dengan tunjuk ajar yg diberi oleh 'leader' kami.

Kehadiran kawan aku sebenarnya memberi impak yg besar kpdku. Walaupun baru shj mendaftar sebagai ahli, beliau amat bersemangat untuk melibatkan diri secara serius dgn AL. Beliau terus membuat belian sebanyak 30 tin yang melayakkan beliau menjadi 'supervisor' & boleh menjana pendapatan lumayan. Melihatkan semangat beliau yg terus 'berlari', aku rasa tercabar kerana aku sendiri masih merangkak...

Hari ni aku mencabar diriku sendiri untuk berlari seiring dengan beliau nanti...