Transformasi sedang berlaku...
Nampaknya aku masih 'terlena'...
Baru saja berazam nak selalu update blog ni, tp disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan menyebabkan aku terlupa memberi perhatian pada blog ni. Sekarang..walau apa masalah sekalipun aku perlu teruskan usaha ini kerana tak mungkin aku abaikan saja bidang yang diminati ni kerana kesibukan & masalah yang tak seberapa...
Beberapa hari lepas, aku bawa 'downline' AL (kawan) aku yang datang dari Kuching untuk bertemu dengan 'leader' di sini bagi menambah pengetahuan beliau tentang AL & 'bisnes plan'. Aku pun tumpang sekaki...Walaupun menempuh perjalanan yang memenatkan, tapi kami puas hati dengan tunjuk ajar yg diberi oleh 'leader' kami.
Kehadiran kawan aku sebenarnya memberi impak yg besar kpdku. Walaupun baru shj mendaftar sebagai ahli, beliau amat bersemangat untuk melibatkan diri secara serius dgn AL. Beliau terus membuat belian sebanyak 30 tin yang melayakkan beliau menjadi 'supervisor' & boleh menjana pendapatan lumayan. Melihatkan semangat beliau yg terus 'berlari', aku rasa tercabar kerana aku sendiri masih merangkak...
Hari ni aku mencabar diriku sendiri untuk berlari seiring dengan beliau nanti...
Monday, April 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment